Saturday, April 5, 2008

LOGO FARISPETRA FC


LOGO FARISPETRA FC INI MERUPAKAN LOGO RASMI YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH KELAB BOLASEPAK SMSTMFP DAN PASUKAN FARISPETRA FC.....

Gambar-gambar penyerahan jersey SMSTMFP-28 Mac






Majlis Penyerahan Sumbangan Jersey SMSTMFP oleh FFC

Majlis yang diadakan pada 28 Mac tempohari berjalan lancar dengan dihadiri oleh pengurusan pasukan bolasepak SMSTMFP yang diketuai sendiri oleh Timbalan Pengetua Ko-Korikulum(Cikgu Razuki). Majlis ringkas penuh bermakna ini dilengkapkan dengan kehadiran guru-guru yang terlibat dalam melatih pasukan SMSTMFP serta beberapa pemain daripada FARISPETRA FC sendiri. Alhamdulillah idea, pandangan dan buah fikiran berjaya diketengahkan dan antara intipati paling penting adalah agenda utama Farispetra FC supaya setiap pemain-pemain berbakat yang keluar dari gedung SMSTMFP secara automatik akan diserap ke pasukan Farispetra FC. FFC turut diberi tanggungjawab untuk membantu serta memberi apa jua sumbangan dalam pembangunan sukan bolasepak SMSTMFP terutamanya isu kejurulatihan, pemilihan pemain, soal kebajikan dan pelbagai lagi. Pelbagai isu yang dibincangkan ini akan dikaji dan dibincangkan seterusnya di peringkat FFC dan InsyaAllah FFC bersedia untuk mengerah kudrat dan keringat termampu membantu menjayakan Pembangunan Sukan Bolasepak SMSTMFP untuk masa mendatang. Majlis ini menjadi satu titik tolak, platform serta garis pemula satu kerjasama erat diantara FFC dan SMSTMFP untuk masa mendatang. Ayuh Sahabat-Sahabat sekalian, bersama kita mengembleng tenaga kearah semangat Kembali Berbakti. Hidup SMSTMFP!Hidup Farispetra FC